5 Tip Makeup Flawless Tahan Lama Untk Kulit Berminyak

Sharing is caring!

Situasi yang biasa berlaku bila pakai makeup. Ouch!

Bestnya bila dapat bersiap dengan makeup cantik! Rasa seperti bidadari turun dari langit!
‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Tapi yang tak bestnya makeup tu tahan sekejap je. Bila kulit muka dah start berminyak hancur harapan melaram…! Minyak bukan sikit je, nak goreng telur pun boleh. Habis moody seharian disebabkan masalah ini. Bukan tu saja, salah haribulan timbul pula jerawat. Lagilah stress!
‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍‍ ‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Tapi jangan risau, 5 TIPS ini sangat kesan untuk kulit berminyak seperti anda. Bukan hanya makeup jadi flawless malahan makeup boleh tahan lebih lama. Jom baca!

1 . Bersihkan kulit muka sebelum makeup

Sebelum nak mulakan makeup, pastikan kulit muka anda bersih dari segala kotoran. Takut terjadinya breakout jika terus makeup tanpa bersihkan dulu. Kulit yang breakout akan buat makeup jadi tak sekata dan tak tahan lama. Jadi anda harus dan mesti bersihkan segala kotoran di muka dahulu ye!
‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Untuk kulit berminyak disarankan menggunakan pembersih muka mengandungi salicylic acid yg dapat mengurangkan penghasilan minyak dan ia boleh menghindari dari terjadinya jerawat.

2 . Gunakan pelembap yang bebas minyak (oil-free)

Pelembap (moisturizer) bukan hanya untuk kulit jenis kering sahaja. Sekiranya kulit anda mengeluarkan minyak (sebum) yang banyak dan berlebihan, itu menunjukkan sintom kulit muka anda sebenarnya kering.
‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Jadi pelembab wajah yang bebas minyak (oil-free) dan mengandungi bahan hyaluronic acid diperlukan untuk kulit jenis berminyak. Ia akan melembapkan kulit dari dalam dengan menstabilkan kulit anda dan secara tidak langsung dapat mengawal penghasilan minyak yang berlebihan terhadap kulit wajah.

3 . Gunakan makeup primer yang matte

Langkah penggunaan primer ni sering dilupakan dan ramai menganggap ia tidak penting semasa makeup. Walau apa pun jenis kulit anda, primer sangat diperlukan semasa makeup. Ini kerana ia akan membentuk 1 lapisan perlindungan untuk memelihara kulit dari makeup yang sudah kita tahu banyak menggunakan bahan kimia sintetik.
‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Untuk kulit berminyak,elakkan primer dari bahan silicone kerana ia boleh menyebabkan breakout pada kulit wajah jika tidak dibersihkan dengan betul. Pilih primer jenis matte atau sebum absorber yang dapat mengawal dan menyerap lebihan minyak. Jadi ia akan buat makeup anda tahan lebih lama.
‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Tekankan sapuan primer pada T-zone kerana kawasan tu lebih menghasilkan minyak. Anda juga boleh menggunakan primer walaupun tidak menggunakan makeup, ia boleh membuatkan kulit nampak lebih semulajadi dan sihat.

Produk yang disarankan : Magés Instant Pore Minimizer khusus untuk kulit jenis berminyak www.mages.com.my

4 . Gunakan foundation yang tepat

Berhati-hatilah dalam pemilihan foundation untuk kulit berminyak. Salah memilih foundation boleh menyebabkan makeup anda cepat luntur dan bercapuk (cakey). Kebanyakkan foundation yang berada di pasaran berasaskan minyak jadi elakkan dan pilihlah foundation dari bahan berasaskan air (waterbased).
‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Foundation jenis cecair (liquid), waterbased serta dengan formula mattifying sangat sesuai utk kulit berminyak selain lebih ringan, hasilnya akan lebih matte dan yang paling utama ia boleh buat makeup tahan lebih lama.

5 . Gunakan makeup berbahan oil-free atau non-comedogenic

Formula pada makeup juga harus diperhatikan bagi anda jenis kulit berminyak ini. Sebaiknya, pilih produk yang bebas minyak dan berlabel non-comedogenic.
‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Bukan hanya memilih primer atau foundation sahaja dari bahan bebas minyak tapi makeup lain juga perlu dari bahan bebas minyak untuk makeup tahan lama dan dapat mengelakkan pori muka tersumbat dan terjadinya jerawat.
‍‍
Dalam post ini anda dapat 5 tips bagaimana buat makeup flawless dan tahan lebih lama untuk kulit berminyak. Sangat penting untuk anda yang jenis kulit berminyak guna tips ini dan ia dapat membantu masalah makeup tak tahan lama dan mudah luntur.

Terima kasih meluangkan masa baca tips ini. Jangan lupa share post ini supaya dapat pada orang lain yang mengalami masalah yang sama.

>> Untuk mengetahui bagaimana Magés boleh membantu anda untuk mengatasi masalah kulit berminyak, klik sini. <<

Sharing is caring!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top