Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah persoalan yang sering diajukan berkaitan Magés.

Ia adalah alas wajah atau makeup base (primer) yang digunakan sebelum anda mengenakan bedak atau makeup pada wajah. Ia akan membuatkan makeup atau bedak kekal lebih lama, menyerap minyak dan mengecilkan saiz pori. Sekaligus akan membuatkan kulit wajah anda menjadi lebih segar, matte dan sempurna.

Produk ini menggunakan ekstrak bunga Swiss Alpine Willowherb sebagai bahan utama, tetapi digunakan dalam kuantiti yang banyak kerana fokus kami adalah untuk mengecilkan liang pori pengguna. Jadi ekstrak bunga ini sangat bagus dalam menyerap minyak dan seterusnya mengecilkan liang pori.

Lagipun segelintir produk menggunakan pelbagai bahan adalah untuk tujuan gimik pemasaran sahaja, sedangkan kandungan yang digunakan bagi sesuatu bahan tidak sampai 1%, yang tidak boleh memberikan sebarang kesan signifikan kepada pengguna.

Terpulang. Ada pengguna kami yang tidak lagi menggunakan foundation setelah menggunakan produk ini. Ada pengguna yang masih menggunakan foundation dan mereka maklumkan ia lebih mudah untuk blend dan sekata.

Cara terbaik ialah menggunakan Magés sebagai primer. Klik di sini untuk tonton video dan gambar cara penggunaan.

Ya produk ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit sama ada berminyak, kering atau normal.

Setiap botol mengandungi 15 ml yang sesuai untuk penggunaan sekitar 30 hari. Namun bergantung kepada tahap penggunaan seseorang.

Ya produk ini sangat selamat untuk digunakan kerana ia menggunakan 93% bahan semulajadi. Bebas petroleum, paraben, silicone, PEG dan sebagainya. Malah produk ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), NOT150900551K.

Pertama segala fungsi produk ini dihuraikan berdasarkan ujian klinikal terhadap bahan aktif yang digunakan, bukan berdasarkan testimoni yang diperolehi. Contohnya, ada pengguna mengatakan produk ini mampu merawat jerawat. Tetapi kami tidak claim produk ini boleh merawat jerawat kerana ujian klinikal mencatatkan produk ini hanya boleh mengawal jerawat.

Kedua, kami menawarkan jaminan pulangan wang selama 30 hari andaikata para pelanggan tidak berpuas hati. Ini bukan gimik, jika produk ini tidak berkesan kami akan pulangkan kembali wang tanpa banyak soal. Tetapi perlu berdasarkan beberapa terma & syarat yang telah ditetapkan.

Buat masa ini, produk Magés Instant Pore Minimizer hanya boleh didapati secara online dan ejen jualan kami yang sah. Klik di sini untuk melihat senarai ejen jualan kami.

Kami menggunakan kurier Pos Laju yang mengambil masa penghantaran sekitar 1-3 hari bekerja. Namun, mungkin masa di ambil lebih lama bagi kawasan pedalaman.

Maaf ini adalah harga yang terbaik kami boleh tawarkan. Jika anda lihat, inilah produk termurah bagi produk di aras premium dengan kandungan 15 ml. Kami menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dan sukar untuk diperolehi. Rebutlah peluang harga promosi yang ditawarkan ini.

Bagi pelanggan dari Malaysia, kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami. Jika anda tinggal di luar negara, hubungi kami untuk mengetahui kos penghantaran.

Anda boleh menghubungi pihak syarikat menerusi email info@mages.com.my ataupun menerusi talian hotline kami +6017-68-7271 (Hotline).

Kami ada menyediakan pembayaran melalui Paypal yang boleh dilakukan menggunakan kad kredit atau debit. Cuma ada caj perkhidmatan sebanyak 10% dikenakan bagi menanggung segala servis caj oleh pihak Paypal.


Wajah Anda Perlukan Magés Segera

Sertai ribuan wanita yang telah mendapatkan produk ini.

Whatsapp